August 24, 2012

taaruf cinta


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah,

*biiznillah,,Allah gerakkan jari2 ini utk mencoretkan kata2 ini,,ya,ini coretan pertama blog ini. Dan sudah tentu dan pasti,tentang taaruf,kan? heh*.

taaruf cinta?
Ya!! CINTA!..^^

Apa yang ingin saya bawakan bukanlah kisah cinta antara kamil dan siti di zaman persekolahan, bukan juga kisah cinta monyet mereka di universiti tanah air atau luar negara, bukan juga kisah cinta mereka di alam perkahwinan, akan tetapi, sebuah cinta yang agung, yang suci lagi menyucikan.heh. ia mampu mengubah sang gajah yang bongkak kerana kebesarannya kepada sang harimau malaya yang gagah berani tapi tunduk tawadhu’, merubah sang singa yang hanya memikir kepuasan nafsu kepada sang kancil yang bijak dan tekun beribadah..ya,ia bermula dengan taaruf..WHOOAAHH.. 
t.a.a.r.u.f..~ ia perkataan arab yang bermaksud suatu perkenalan,kita berkenalan dan mengenalkan diri,, err.. “nama diberi annuar bin arifin,berasal dari rawang..bla3”.. “nama saya asyraf, saya besekolah di pahang..selamat berkenalan”.. atau yang lebih poyo tapi macho “ismi fulan bin fulan, askunu fi banting”..huh,adeke?heh..

Dan....tahukah anda, bahawa taaruf boleh membawa pahala. Ya! PAHaALAA..

[kredit]
wow..hebatkan ALLah,berkenalan pon dia nak bg pahala.  ^,^


Firman ALLAH; Wahai umat manusia, sesungguhnya kami meciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhny Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaan dan amalan kamu).
Yup! betul…anda mungkin berasal dari kuala krai atau rawang, dia mungkin dari setapak dan saya,,banting(mungkin). Dan Allah menyusun semua ini tak lain dan tak bukan untuk kita saling kenal mengenali..terkejut bukan?heh. Tiba2,adik usrah saya menjawab dengan penuh innocentnya “Kalau macam tu,saya nak kenal obama lah bang, boleh?” (dengan nada melawak)

[kredit]
okaayyy??heh.
Taaruf kita, taaaruf cinta okay,, kita mengenal sahabat2 kita untuk kita saling mengingati dan menasihati. perkenalan kita atas landasan iman,kerana ALLAH. Justeru,andai pertemuan dan perkenalan ini kerana ALLAH, maka ukhwah kita juga kerana ALLAH. Ya! Rukun usrah yang pertama adlah “taaruf” bukan? Pentingnya taaruf utk kita kenal sahabat kita,apa nama dia,tinggal di mana,apa makanan kegemaran dia.berus gigi warna apa..ada kakak atau adik perempuan tak?
Huh? *perlu ke?*
yeap, PERLU!, tapi atas hadaf untuk kita kenal dan berukhwah dengan mereka. Bukan atas sebab lain yang-tak-perlu-dinyatakan-sebabnya  ;p

....kemudian barulah langkah mendalami sahabat kita iaitu “tafahum”.step ni sangat2 sukar.yelah kawan seusrah yg entah tiba2 dari mana,kita taaruf dan perlu mendalami dan memahami dia,huh sukar bukan?tapi inilah dia yang dinamakan cinta sahabat2. Kerana cinta,kita berkorban masa bersama sahabat melayan kerenahnya. Mungkin dia suka bermain futsal,, ya kita main bersama walaupun kita suka main bola sepak,, mungkin dia suka main basikal, kita layan juga walaupun kita suka naik motor..dan masa yang diluangkan bersama sahabat atas dasar ukhwah akan diganjari pahala, insyaallah. Kita membina rabitah hati (mengikat hati2 kita).


Maka,seterusnya akan lahirlah “takaful” iaitu.saling tolong menolong dan membantu, ya! Inilah buah ukhwah yang didasari iman. Ya,,kadang2 anda ke kafe memesan makanan, selesai makan, anda ke kaunter dan menyeluk poket, dan secara tiba2,, dompet anda tiada..heh, peluh besar bukan? ya! mereka sanggup berkorban, even pernah ada sahabat saya yg cerita < akhwat > satu masa tu, dia sakit sangat, pening kepala mungkin, dan dia terlelap di biliknya sampai pukul 10.30 dan belum selesai sembahyang isya’. Bila sahabatnya balik, sahabatnya menawarkan untuk menolongnya untuk berwudhu. dia cerita, sahabatnya baru sahaja selesai berprogram dan nampak sangat2  letih tapi sanggup berkorban masa dan kudratnya demi dia.dan anda tahu apa yang sungguh membuat saya tersentuh? sahabatnya itu mengangkat dia ke bilik wudhu' ! huh,, dan badan sahabatnya lebih kecil berbanding dia. sungguh kool dan bergaya bukan?


 Inilah cinta sahabat2,tak perlu menunggu cukup itu dan ini, membantu semampu anda. huh. Kalau anda bertaaruf dengan obama adakah dia akan membuat perkara sedemikian rupa walhal anda bukanlah siapa2,bukan isterinya,anaknya,atau keluarganya dan yang paling penting anda bukanlah RAKYATNYA!!, tetapi bila kita berukhwah kerana Allah, inilah natijahnya.,hati2 cekal yang sangat2 mencintai sahabatnya yang lain.

Khulasah

bertaaruflah kalian,dengan tujuan kerana Allah semata.berkenalan atas urusan dakwah dan tarbiyah, berkenalanan dengan niat aku dan dia akan saling mengingatkan kepada ALLAH. Moga saya dan anda mampu bertaaruf dengan cinta.

cinta ini sahabat,  
yang akan kita bawa ke mahsyar nanti,  
bukti kasih pada Ilahi,  
moga ia mnjadi syafaat di akhirat nanti.
_ukhwah fillah_